Noreul bulsurok kibuni chohwajyo
Nado mollae noraereul bullo
Han songi jangmireul sago shipojin
Iron nae moseub shingihande
Nae ma-eumi noyege dah-neundeuthae
I sesangi areumdawo
Iron solle-i-meul nodo neuggindamyon
Budi chogumman kidaryojwo
Dari dapur Yusra bergegas berlari mendapatkan telefon bimbitnya yang terletak di ruang tamu itu..Kelam-kabut dibuatnya..
"Ayah...rindunya dekat ayah !".Ucap Yusra setelah melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu seseorang yang amat dirinduinya.
"Aik,salam pun tak sempat bagi lagi dah terus terjah...Bertuah punya anak..Assalamualaikum".Perli Encik Fahmi..Sengaja ingin mengusik anak daranya yang seorang itu.
Kedengaran tawa Yusra di talian..
"Waalaikumussalam ayahku..Tadi excited sangat nak sembang dengan ayah sebab tu terus terjah..Erm,ayah sihat?" Soal Yusra..
"Ayah sihat nak! Cuma kebelakangan ni ayah penat sikit"..Balas Encik Fahmi..
"Laa,ayah buat kerja berat-berat ke?".Soal Yusra yang sudah mula kerisauan dengan kesihatan ayahnya itu..
"Jangan risau la,orang tua macam ayah ni buat kerja sikit pun dah penat..tapi takpe ayah akan jaga diri..Yusra macam mana belajar? semua ok ke?"..Soal Encik Fahmi pula sengaja ingin menukar topik agar anaknya itu tidak kerisauan lagi..
"Ooo..Eh,Yusra ok kat sini..belajar pun ok..kiranya semua ok la..He he he..tambah-tambah ada si Afrina ni lagi la ok ayah"..Jawab Yusra keriangan..Dijelingnya Afrina yang sedang khusyuk menonton televisyen
"Erm,kalau Yusra ok,bagus la..ayah risau je dekat anak dara ayah sorang ni..Biasa la nama pun budak nakal kan!"Ucap Encik Fahmi ingin mengusik..
Kedua-duanya ketawa bahagia..Rindu bertamu di hati saat berjauhan dengan orang tersayang..Tapi itu semua untuk kebaikan diri masing-masing..Hanya dengan berborak seperti ini sahaja yang mampu mengubat rindu di jiwa..
"Ayah doakan yang terbaik untuk Yusra ye..Yusra nak hidup Yusra tenang dengan restu ayah..ok !".Ucap Yusra Sayu..
"Untuk Yusra,ayah akan sentiasa doakan yang terbaik..sudah2..Jangan sedih2..Ok la,ayah nak bersiap solat isyak ni...Lain kali kita borak lagi ye..Assalamualaikum !".Ucap Encik Fahmi bagi mengakhiri perbualan mereka pada malam itu..
"Waalaikumussalam..Jaga diri tau !"..Balas Yusra sebelum mematikan telefon bimbitnya.
Afrina masih tidak lepas pandang daripada siaran televisyen kegemarannya itu..
"Khusyuk betul kau tengok tv..Dah macam nak terkeluar bijik mata je tau tak..gerun !"..Usik Yusra..
"Suka hati la cik kak oii..Nak terkeluar ke,nak tersembul ke,nak apa ke..itu bijik mata aku"..Balas Afrina tanpa memandang wajah Yusra..
" Amboi mulut tu..Laser kemain..Amik ni......."
Dicubitnya lengan putih milik Afrina...Rasakan !
"Aww,,sakit la..dah la cubitan 'maut' kau tu berbisa..tau tak"....Ucap Afrina sambil mengusap perlahan lengannya yang baru 'disengat' itu..
"Siapa suruh kau laser dengan aku..memang kena 'ketam' la"..Balas Yusra sambil menuju ke arah dapur semula..
"Ni yang nak report dekat uncle Fahmi ni..Nak bagitahu yang Yusra ni suka membuli"..Ugut Afrina..
"Wekkkk"..Hanya itu yang dibalas Yusra.
Tiba-tiba...
Stand by me nal parabwajwo
Ajik sarangeul morujiman
Stand by me nal jikyobwajwo
Ajik sarange sotul-jiman
"Yusra,,fon kau bunyi lagi ni"..Jerit Afrina..
Terkocoh-kocoh Yusra berlari mendapatkan telefon bimbitnya semula..Fikirnya, Encik Fahmi menelefonnya semula..Mungkin ada perkara penting ingin disampaikan...Tanpa melihat skrin,,Yusra terus menjawab panaggilan itu..
"Iye ayah,,ada apa??"Soal Yusra tanpa ragu-ragu.
"Ayah? Siapa ayah kau?Aku muda lagi ok..Tak sesuai digelar ayah..paham..Kau ni siapa ek? Ni nombor Elena ke?"..Balas si pemanggil dengan soalan yang bertubi-tubi..
"Elena?..Eh cop,sekarang ni aku yang patut tanya..kau tu siapa?.Kau yang call aku dulu kan..Huh"..Jawab Yusra marah...
Dah la tak kenal siapa orangnya..lepas tu selamba badak je dia cakap itu,,cakap ini..Haih..Ini la yang dipanggil nombor sesat..Bencinya !
"Alamak..sory2..tersilap dial kot tadi..saya minta maaf ye"..Ujar si pemanggil..
"Sory naik lorry la...pigidah !".Balas Yusra dan terus mematikan talian...
"Mak aih..cantik betul bahasa minah ni guna..aku dah minta maaf elok-elok..dia boleh cakap macam tu..Apa punya perempuan da !". Gumam Zack sendirian..
"Cacat betul..Huh".Desis hati kecilnya..
"Siapa call Yus..sampai kau marah-marah bagai tadi"..Soal Afrina ingin kepastian.
"Entah nombor sesat mana yang call aku ni..tiba-tiba je...cacat tol !".Balas Yusra geram..
"Ha ha ha..normal la tu..maybe orang tu tersilap dial kot..kau ni pun jangan la emo sangat..dah la muka kau tu tegang semacam je..takut aku tengok!"..Ucap Afrina.
"Erm,yo larh...Haa,kau nak makan maggi tak? kalau nak,aku nak masakkan ni"..Soal Yusra sengaja ingin menukar topik...malas mahu bercakap soal 'nombor sesat' itu.
"Eh,mesti la nak..kau masak tu kasi kaw-kaw sikit...biar berapi..baru sedap! Ok"..Arah Afrina..Bagi Afrina,pedas itulah yang melengkapkan sesuatu masakan..Pergh!
"Baiklah tuan puteri..patik menurut perintah".Balas Yusra ala-ala zaman orang dahulu kala..Sengaja ingin menceriakan suasana antara mereka..
Akhirnya mereka sama-sama ketawa..
"Nombor siapa pulak si Rizqin ni bagi kat aku..kata nombor Elena tapi lain macam je".Gumam Zack yang sudah tidak tentu arah dibuatnya.Lalu dengan segera dia mendail nombor Rizqin..
"Hello bro..apehal call malam-malam ni?"Soal Rizqin tenang.
"Weyh,nombor minah sesat mana pulak yang kau bagi dekat aku ni..Ni bukan nombor Elena"..Ucap Zack yang sudah meninggikan sedikit suaranya.
"Relax2..jangan marah-marah..kau dah call ke nombor yang aku bagi tu?" Soal Rizqin
"Adoi..apa punya soalan la kau ni..mesti la aku dah call.kalau tak takde maknanya aku nak call kau malam-malam tanya kau pasal nombor tu..buat perabih topup aku je..Haih".Ujar Zack.Bengap jugak kau rupanya..he he he...
"A'ah ek..ha ha ha..sory2..tiba-tiba otak aku jam..Erm, jap aku check balik nombor tu..Eh,cop2..bukan kau kata kau tak layan perempuan ke? Ha ha ha, apa citer ni bro? cakap tak serupa bikin"..Ujar Rizqin pelik.
"Entah la we,,aku pun tak tahu kenapa...Tiba-tiba terdetik dalam hati ni nak dail nombor tu..He he he".Jawab Zack sambil tersenyum..
"Aik,,takkan dilamun cinta dengan Elena kot..kau kenal dia pun belum lagi..pelik la kau ni..Haih"...Ucap Rizqin yang semakin pelik dengan Zack..Kena sampuk ke kawan aku ni..He he he..Desis hatinya..
Terbahak-bahak Zack dibuatnya..Ada ke dia cakap aku dilamun cinta..memang takkan la..
"Dilamun cinta??Ha ha ha..takkan la..mustahil..aku bukan macam kau..pantang nampak perempuan cantik mesti kau tackle..aku ni jenis setia pada yang satu"..Ucap Zack dengan bangganya.
"Ceit, setia konon..boleh blah la weyh!"Ujar Rizqin.
Akhirnya gelak tawa mereka kedengaran di talian...Adoi..senak perut dibuatnya..Asyik gelak je kojenya..He he he..
"Erm..ok lah..aku off phone dulu..Assalamualaikum!"..Ucap Zack malas mahu memanjangkan perbualan..bukan ada faedah pun...asyik merepek je..He he he..
"Ok.Waalaikumussalam"..Jawab Rizqin dan terus mematikan talian..
"Cinta..Ah,mengarut je lah semua tu"..Bisik hati kecilnya..
Zack ingin sambung studynya yang terbantut gara-gara nombor 'Elena' itu..Tiba-tiba matanya tepat memandang ke arah satu buku yang tidak dilihatnya sebelum ini..
"Aik..diary siapa yang tersesat dalam bilik aku ni"...Gumam Zack sendirian...
Dibuka satu persatu helaian muka surat diary itu...Dibaca dengan penuh minat..Indah sekali bait-bait kata yang tercoret di dalamnya..
My bioz :-
Nur Yusra Aafiya bt Fahmi...
21 years old (still single)...he he he..
12.10.1992...-my bufday-
impian saya...saya harap saya dapat gembirakan hati ayah...ayah jangan risau,Yusra akan buktikan yang anak tunggalmu ini boleh berjaya...yeah !
Malam itu,entah mengapa hati Zack seakan-akan sudah terpaut dengan sang pemilik yang menulis diary itu..."Nur Yusra Aafiya"..Zack menguntum senyuman yang sangat mendalam ertinya...
Bab 3
Seperti yang dirancangkan pada hujung minggu ini mereka keluar membeli-belah di
Mid Valley Shopping Centre..
"Yusra..cuba kau tengok cincin ni..cantik
giler!"Ucap Rina sambil menunjukkan sebentuk cincin yang berada dalam dinding kaca itu..
"
So,what's the point?".Balas Yusra berpura-pura tidak tahu keinginan Afrina yang sebenarnya..
"
Takde la..cincin tu nampak cantik tapi lagi cantik kalau disarungkan kat jari aku ni kan..
He he he"..Luah Afrina dengan sedikit bangga..
"
Wekk,,tak cantik langsung..bertambah buruk ada lah...Baik kau tak payah pakai..
Ha ha ha"..Jawab Yusra bersama tawanya..
"
Eley..kau sebenarnya
jealous dengan aku kan sebab tu kau tak bagi aku beli..kan??".
"Cakap la
pape pun..
i don't care!".Ucap Yusra yang sudah penat melayan Afrina..
Afrina masih menilik cincin idamannya itu..Dia amat berharap agar suatu hari nanti ada seseorang yang akan menyarungkan cincin tersebut di jari manisnya..Mudah-mudahan impiannya itu tercapai..
He he he..Angan-angan
mat jeninnya sudah kembali..
"Rina,,jom la pergi makan..Aku dah lapar ni..Ucap Yusra apabila dirasakan perutnya sudah berkeroncong minta diisi..
"
Laa,dah lapar dah ke?.
Erm,ok2..kau duduk dulu dekat mana-mana nanti aku datang...Aku nak tengok
blaus ni sekejap..
Seperti yang diarahkan oleh Afrina....Yusra mencari tempat duduk sementara menunggu sahabatnya itu membeli pakaian..
Fuh! Letih juga kaki ni berjalan..Sudahlah
mallnya besar..Mujur sahaja ada penghawa dingin..kalau tidak pasti sudah berpeluh-peluh..
Hmmm,,
"Yusra"..Panggil satu suara dari arah belakang..
Suara itu...suara itu seperti seseorang yang amat dikenalinya......Segara ditolehkan mukanya untuk mencari milik siapakah suara itu.....
"Awak"..hanya itu yang mampu yusra ucapkan...
Yusra menjadi kaku seketika saat melihat seraut wajah yang pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu..Tapi itu semua hanyalah memberikan kedukaan kepada dirinya..
"Awak Yusra kan?"..Soal pemuda itu lagi inginkan kepastian..
Yusra terus bangun dan pergi meninggalkan pemuda itu tanpa menjawab pertanyaannya..Saat ini hatinya pilu mengenangkan kisah lalu..Sedaya upaya dia cuba untuk melupuskan nama lelaki tersebut..Perit sekali rasanya..Tetapi..mengapa lelaki itu hadir semula dalam kamus hidupnya?..Mengapa?..
"Yusra..tunggu"..Dicapainya tangan Yusra agar mereka tidak berjauhan lagi..
"Apa ni..lepaskan saya..maaf,saya tak kenal awak..saya terpaksa pergi sekarang..Ujar Yusra sambil berlalu pergi...
Pemuda itu hanya mampu membiarkan Yusra pergi..tiada gunanya dia memaksa kerana saat ini Yusra pasti
kaget dengan kemunculannya.."Maafkan saya tapi saya tak pernah lupakan awak"..Desis hati kecilnya..
"Ya Allah Kau kuatkan lah hatiku ini...Ucap Yusra perlahan sehingga air matanya jatuh membasahi pipi..
"Yusra"..Ujar Afrina sambil memegang bahu sahabatnya itu..
Yusra yang baru tersedar dari lamunannya itu terus mengesat air matanya agar Afrina tidak mengesyaki apa-apa..
"
Eh,kau dah habis beli barang ke?".Soal Yusra setenang-tenangnya..
"Aku dah lama habis beli barang..tadi lambat sebab cari kau lah"...Ujar Afrina yang masih tidak menyedari kegusaran di hati Yusra..
"Kalau macam tu..jomlah kita balik..dah lambat ni..Ucap Yusra yang sudah menarik tangan Afrina...Tidak betah lama-lama di situ..Hatinya semakin tidak tenteram..
"
Laa,nak balik
pulak..tadi kau kata nak pergi makan"...Afrina semakin pelik dengan tingkah laku Yusra..
"Kita makan dekat rumah je la
ek..jom lah cepat"...Ajak Yusra..
"Ikut kau lah".....
Lain benar sikap Yusra..Tidak seperti selalu..Biasanya jika di dalam kereta,mereka pasti ada saja topik yang ingin dibualkan tetapi tidak untuk hari ini..Yusra hanya mendiamkan diri sebaik sahaja menaiki kereta hingga tiba di rumah sewa mereka..Pasti ada sesuatu yang tidak kena..Afrina sudah tidak senang duduk melihat perubahan sikap Yusra..Dia harus tahu puncanya Yusra jadi begini...
Tok..tok.."Masuk"..Ujar Yusra memberi keizinan...Wajah gebu milik sahabatnya itu hanya dipandang lemah tapi sedaya upaya disembunyikan perasaan sedih itu..
"Kau ok ke tak ni? Risau aku tengok"..Ujar Afrina yang sudah duduk bersebelahan dengan Yusra di birai katil..
"Aku ok lah..cuma tadi penat sangat berjalan"..Dalih Yusra..
"Betul ni..kau jangan tipu..kalau kau ada masalah kau boleh
citer dekat aku"..Ucap Afrina..
"Betul lah Rina sayang!..Aku tak tipu..tadi aku penat sangat"..Yusra masih berdalih..Masih belum bersedia untuk berkongsi masalahnya dengan Afrina..Maafkan aku Rina !
"
Erm,kalau kau tak apa-apa..
takpe lah..dari tadi aku tengok kau diam je sebab tu aku pelik..selalunya asyik terpekik,terlolong je dekat telinga aku..
He he he..Usik Afrina sengaja mahu menceriakan suasana..
"
Ooo..perli nampak!..bila aku bising kau
komen...bila aku senyap kau banyak tanya
pulak...
sekeh jugak kepala tu nanti..Ucap Yusra yang sudah sedikit ceria..
"
Ha ha ha..nak buat macam mana..aku memang macam tu...
Erm,ok lah..aku keluar dulu ye..duduk dengan kau ni sampai esok pun tak habis sembangnya...Ujar Afrina sambil berlalu pergi..
"Afrina..terima kasih kerana sudi jadi kawan aku.Aku sayang kau selamanya"..Rintih hatinya pilu...
Masih segar dalam ingatannya sewaktu dia masih bergelar pelajar sekolah menengah suatu ketika dahulu..Ketika itu umurnya baru sahaja genap enam belas tahun...Apabila tiba musim cuti sekolah, keluarganya bercadang untuk keluar bersiar-siar tetapi itu semua ditukar ganti dengan tragedi...Mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat ada penunggang motorsikal yang tiba-tiba keluar dari selekoh jalan..
Disebabkan kemalangan itu,,Yusra kehilangan seorang ibu yang amat dikasihinya..Amat sukar untuk dirinya menerima pengkhabaran itu..Tragis sekali..Ayahnya pula ditempatkan di ICU kerana mengalami pendarahan di kepala..Mujur Allah masih memberi peluang kepada ayahnya untuk meneruskan hidup..Jika tidak pasti dia sudah hilang tempat bergantung..Alhamdulillah..
Tapi.yang paling tidak disangka..Rupa-rupanya penunggang motorsikal itu adalah seniornya di sekolah..Muhammad Firash!Dia merupakan anak pengetua di sekolahnya..Dia masih tidak sedarkan diri ketika itu kerana kehilangan banyak darah..Manakala adiknya pula sudah pergi menghadap Ilahi ketika di tempat kemalangan..Timbul rasa kasihan tetapi ujian Allah itu pasti ada hikmahnya..Yusra mendermakan darahnya yang kebetulan sama jenisnya..Itu semua dilakukan ikhlas dan atas rasa simpati terhadap Firash...
Setelah dua minggu berlalu..keadaan ayah dan Firash semakin membaik...Tetapi Firash masih meratapi pemergian adiknya..Sungguh Firash tidak menyangka pemergian adik itu..Fikirnya,,adiknya sedang dirawat tetapi andaiannya itu salah sama sekali..Yusra memberitahu keadaan yang sebenar..mungkin dengan cara ini Firash akan lebih menerima kenyataan itu tetapi tidak..Firash terus-menerus menyalahkan Yusra..Firash merasakan keluarga Yusra yang menyebabkan kematian adiknya..
"Kau pergi..aku tak nak tengok kau dekat sini lagi...pergi!".Marah Firash..
"Maafkan saya".Ucap Yusra dalam sendu.
Baru sahaja ingin melangkah pergi..Firash kembali bersuara...
"
And one more thing..aku harap bila aku datang sekolah nanti.. aku nak muka kau dah
takde kat sana..aku tak nak hidup aku musnah lagi sebab kau...paham!".Tegas Firash..
Tersentap jiwa Yusra mendengar permintaan Firash itu..Berat sekali untuk dia melakukan semua itu..nanti apa pula kata ayah..Ya Allah..Kau tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan ini..Amiiinn.!
"Tapi"...Belum sempat Yusra menghabiskan kata-katanya..Firash sudah memotong..
"
Takde tapi-tapi lagi...keputusan aku muktamad!..sekarang kau
blah"..Ucap Firash dengan nada yang sedikit tinggi...
Hatiku sedikit kecewa dengan perlakuan Firash.."Jangan disebabkan dia anak pengetua,,dia boleh buat aku macam ni..kenapa harus aku dipersalahkan..sedangkan dia juga bersalah...Aku juga kehilangan ibuku dalam kemalangan itu"..Rintih hatinya..
Setelah ayah dibenarkan keluar daripada hospital..Aku berbincang terlebih dahulu dengan ayah mengenai permintaan Firash..Walaupun agak berat untuk membuat keputusan..akhirnya ayah bersetuju untuk menukarkan aku ke sekolah lain..Setelah selesai urusan dengan pihak sekolah..aku juga mengambil keputusan untuk menetap sahaja di kampung arwah nenek...Daripada dibiarkan kosong lebih baik tinggal disana...Mungkin lebih mudah untuk aku melupakan semua sengketa ini..
Selama lima tahun aku cuba melupakan peristiwa pahit ini tetapi mengapa kau hadir kembali dalam hidupku..Kau juga yang menyuruhku untuk jauh dari hidupmu..Walaupun dahulu kau pernah mendapat tempat di dalam hatiku tetapi aku usahakan juga untuk melupakan semua itu..Aku tidak menyangka perangaimu sebegitu kejam..Bermacam-macam persoalan yang sedang bermain di mindanya.
"Ya Allah,cubaan apa lagi ini...Teguhkanlah hatiku ini untuk menempuhinya"..Rintih hatinya lagi....
Sedang asyik memikirkan kisah lalu..akhirnya Yusra terlelap jua besama dengan linangan air mata..
Manakala tidur Firash pula tidak nyenyak seperti selalu..Hatinya menjadi gundah-gulana ketika melihat wajah Yusra..Kini hatinya meronta-ronta untuk meminta maaf atas kesalahan dirinya dulu..
"Macam mana keadaan kamu hari ni,Firash?".Soal seorang doktor yang sedang memeriksa badan Firash ketika itu..
"Alhamdulillah doktor..saya rasa semakin sihat..Terima kasih doktor sebab berusaha menyelamatkan nyawa saya"..Ujar Farish..
"Saya hanya melakukan yang terbaik untuk pesakit saya..Selebihnya,Allah yang menentukan!"..Ucap doktor itu merendah diri..
"Tapi apa-apa pun saya tetap perlu ucapkan terima kasih dekat doktor"..Farish masih mahu mengucapkan terima kasih..
"
Erm,saya rasa kamu perlu mengucapkan terima kasih dekat orang yang telah mendermakan darahnya untuk menyelamatkan nyawa kamu waktu itu"..Beritahu doktor itu.
"Derma darah?.Maksud doktor?".Soal Farish inginkan penjelasan..
"Ada seorang remaja perempuan yang mendermakan darahnya untuk kamu..padahal dia juga antara salah seorang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu..Dia seorang budak perempuan yang sangat kuat...walaupun sudah kehilangan ibunya tetapi masih berfikir untuk orang lain..Ujar doktor itu panjang lebar..
Firash kehilangan kata-kata.."Ya Allah,apa yang aku buat ni..kenapa aku tidak tahu hal ini dari awal...Maafkan aku"..Bisik hati Firash..
"Siapa perempuan itu doktor?Dia ada dekat sini ke?.Kalau ada saya nak jumpa dengan dia..Soal Firash walaupun dia sudah dapat agak siapa yang dimaksudkan oleh doktor itu..Cuma inginkan kepastian..
"Kalau tak silap saya,namanya Yusra..Dia dah keluar hospital dua hari yang lepas"..Jawab doktor itu..
Firash semakin gelisah..Sudahlah dia menyuruh Yusra untuk berhenti dari sekolah.."
Argh,,apa aku dah buat ni"..Jerit hatinya lagi..
"
Erm,nampak gayanya esok kamu sudah dibenarkan pulang ke rumah..Tapi ingat,kesihatan tetap perlu dijaga..okey..Pesan doktor itu sebelum melangkah keluar dari wad Firash.
"Yusra,mengapa kau layan aku sebegitu baik..Aku pasti tidak mampu untuk membalasnya..Kenapa kau hanya mendiamkan diri saat aku mengherdik dirimu?..Kenapa kau tidak tegakkan pendirianmu yang sebenarnya?.Maafkan Firash sebab tidak pernah memikirkan perasaan Yusra dulu"..Bisik hati Firash..
Bab 4
"
Eh,awalnya Firash bangun hari ni?.Ada kelas ke pagi ni?.Soal Puan Nadira yang sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga..
"
Takde lah mama !Hari ni
takde kelas pun..Saja bangun awal sikit sebab nak tolong mama buat sarapan..
He he he"..Jawab Firash dengan senyuman di bibir..
Alasan tak logik langsung...
"Buang tabiat ke anak mama
sorang ni...Selalunya kalau mama nak minta tolong asyik mengelak je..Cakap dekat mama,ada apa sebenarnya ?..Soal Puan Nadira terus terang..
Pagi itu Firash sudah nekad untuk meneruskan mencari Yusra..Peluang yang telah diberikan ini tidak mungkin disia-siakan..Kau permudahkanlah urusanku ini,Ya Allah...
"Firash
nak keluar sekejap..Nak jumpa kawan lama sebab tu la Firash bangun awal..Jawabnya..
"
Haa,kan senang berterus-terang je dari tadi
..tak payah susah-susah nak cari alasan..Perli Puan Nadira..Bukan dia tidak tahu,Firash ni memang jenis yang liat nak bangun pagi..
"Mama perli Firash
ek...
Ha ha ha..Kelakar lah mama ni..Usik Firash..
"Dah2..mari makan..Mama naik atas sekejap..nak panggil papa..Ucap Puan Nadira sambil mengatur langkah untuk menaiki anak tangga..
"Ok..Jawab Firash ringkas...
Firash meneruskan pencariannya..Setiap hari Firash akan menunggu kedatangan Yusra di
Mid Valley..Manalah tahu takdir akan menemukan mereka semula di situ.."Tak kira la dalam apa jua keadaan sekalipun,Firash akan tetap tunggu Yusra!"..Itulah kata hatinya...
Dari sehari ke sehari...penantian Firash hanyalah sia-sia sahaja..bayang-bayang Yusra langsung tidak kelihatan di situ lagi..Mungkin serik barangkali..Tapi itu semua sama sekali tidak mematahkan semangat Firash untuk tidak lagi mencari Yusra..Dia sudah nekad dengan keputusannya..
Seharian Firash menunggu kemunculan Yusra tapi tetap tidak menampakkan hasil..
"Hari dah nak malam,sambung esok je lah"..Gumam Firash sendirian..Firash sudah mula menapak ke arah keretanya...Tiba-tiba langkahnya terhenti gara-gara terlihat seseorang yang dinantinya selama ini..Tanpa berfikir lebih panjang dengan segera Firash mengatur langkahnya ke arah orang itu...
"Yus,kau nak makan apa?"
..Soal Afrina yang masih menilik
menu makanan dihadapannya.
"
Erm..aku nak makan
chicken chop la...kau
?..Soal Yusra pula..
"Sama
jugak la macam kau..
He he he..Jawab Afrina sambil tersengih..
Malam itu mereka berdua sengaja mahu makan di restoran..Ingin menukar suasana...Baru
best..
He he he..Setelah makanan di
order,Yusra dan Afrina seperti biasa akan bergurau senda dan ketawa..
Tiba-tiba......
"Yusra"..Panggil Firash dari arah belakang...
Sekali lagi Yusra tersentap mendengar panggilan itu..Suara yang sama memanggilnya di
Mid Valley dulu..Yusra segera menoleh kebelakang....
"Awak siapa?.Apa awak nak ha?.Marah Yusra seolah-olah mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain..
"Yusra,saya tahu awak marahkan saya tapi tolong dengarkan penjelasan saya..Saya mohon pada awak"..Ucap Farish sambil melutut dihadapan Yusra..Egonya selama ini dibuangkan jauh-jauh..Biarlah apa orang nak kata..asalkan Yusra mahu mendengar penjelasannya..
"Apa awak buat ni?.Awak tersilap orang kot..Jangan nak malukan diri awak dengan buat macam ni..Ucap Yusra..Dirinya juga turut malu menjadi tontonan orang ramai...
Afrina masih tidak berkedip matanya menonton 'tayangan'
free itu..
Firash masih sama kedudukannya..Dia tidak akan mengalah kali ini....
"Rina,jom balik...tak kuasa aku nak layan mamat
giler ni"..Hilang terus seleranya mahu makan malam itu..semuanya gara-gara Firash..Dan yang paling kasihan,Afrina turut jadi mangsa kelaparan...
"
Ala,dah nak balik dah ke?.aku lapar la"..Rengek Afrina..Sudahlah makan petang pun tidak,takkan la malam pun tak makan
jugak..Memang kurus la jawabnya..
Haih...
"Kalau kau nak makan,kau makan la
sorang...Aku nak balik"...Ucap Yusra yang sudah mengatur langkah pergi..
Aduh,main ugut-ugut
pulak...
"Yusra..tunggu la!".Jerit Afrina yang sudah membuntuti langkah sahabatnya itu..
Firash sedikit kecewa dengan layanan yusra terhadapnya..Apakah Yusra benar-benar telah melupakannya..Kali ini dia benar-benar putus asa..Entah mengapa dirinya merasa begitu lemah sekali...Langkahnya juga sudah longlai..Tanpa memandang kiri dan kanan,Firash meneruskan langkahnya...Tiba-tiba......
"Pin...pin..Bunyi hon itu menyebabkan Firash tersedar dari lamunannya..Tetapi malangnya Firash tidak sempat mahu menyelamatkan dirinya kerana terlalu
kaget dan akhirnya tubuh Firash dirempuh oleh kereta tersebut...
Langkah Yusra tiba-tiba terhenti....
"Kenapa Yusra?..Kau penat ke?.Aku
parking kereta kat depan tu je..Lagi sikit nak sampai..Ujar Afrina apabila difikirnya Yusra penat berjalan..
"Tak..tak..bukan sebab tu...Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati la Rina..Kita patah balik tempat tadi"..Ujar Yusra..
"
Aik,tadi kata nak balik..Kenapa ni?.Apa yang buat kau tak sedap hati ni?"..
"Aku tak tau kenapa..jomlah patah balik!"Jawab Yusra mengharapkan pengertian Afrina...
"Ok2..
Perasaan Yusra bertambah tidak enak apabila dilihat ramai orang sedang berkerumun di jalan raya..
"Maaf ye cik..kenapa ramai orang berkerumun dekat sana?..Ada apa?..Soal Yusra kepada seorang wanita yang hanya memerhati orang ramai itu dari jauh..
"
Owh..Baru sekejap tadi ada berlaku kemalangan dekat sana sebab tu ramai orang berkerumun..Jawab wanita itu...
"Ya Allah"..Hanya itu yang terucap di bibir Yusra..
Hatinya meronta-ronta ingin melihat siapakah yang menjadi mangsa kemalangan itu..Lantas,Yusra segera mengorak langkah menuju ke arah tempat kemalangan..Afrina pula hanya mengikuti dari belakang...
Alangkah terkejutnya Yusra apabila melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya itu berlumuran dengan darah..Bagaikan mahu pitam rasanya..Firash !..
"Firash...Firash..bangunlah..Kenapa sampai jadi macam ni"..Ucap Yusra yang sudah teresak-esak..Dia memaut kepala Farish dan diletakkan diatas ribanya...
Firash dibawa ke Hospital Pantai dan ditempatkan di ICU untuk mendapatkan rawatan segera...Yusra masih menangis..Dia merasakan dirinya yang menjadi punca kemalangan Firash..
"Yusra..jangan la macam ni..kau kena kuat ! Allah nak uji kau...kau bersabar ye!..Pujuk Afrina..Kasihan juga melihat sahabatnya itu...
"Semua salah aku Rina..Cuba kalau aku dengar penjelasan dia tadi,mesti tak jadi macam ni..Semua salah aku..Ujar Yusra sedikit tinggi nada suaranya...
"Janganlah macam ni,,Allah tak suka..sekarang ni kita doakan supaya Firash tak apa-apa..Ok..Pujuk Afrina sambil memeluk erat bahu Yusra..Agar dapat disalurkan sedikit ketenangan...
Yusra hanya mengganggukkan kepala tanda bersetuju...
Ya Allah,,Kau panjangkanlah umur Firash..Berilah dia kesempatan untuk meneruskan kehidupannya..Aku mohon Ya Allah...Doa Yusra di dalam hati.
"Maaf saya menggangu,ini Puan Nadira ke?? Soal si pemanggil..
"Iye..ini saya bercakap...ini siapa ye??....Balas Puan Nadira..
" Maaf puan, ini panggilan dari pihak Hospital Besar Kuala Lumpur nak beritahu yang anak puan sekarang berada di hospital ini akibat kemalangan jalan raya ".. kata si pemanggil
Terasa mahu luruh jantungnya mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil..Puan Nadira tidak menyangka hal ini terjadi kepada anaknya dan akhirnya air mata pilunya jatuh mengalir dipipi.
"Puan".Tiada sahutan.
"Puan". si pemanggil tersebut cuba memanggilnya sekali lagi.
"Maaf ". Terima kasih . Puan Nadira terus mematikan talian dan bergegas menaiki anak tangga untuk dikhabarkan kepada suaminya tentang berita buruk ini.
Ya Allah, Kau sembuhkanlah Firash daripada sakit ini.